6 Tujuan Blog Untuk Bisnes

Dalam bisnes, setiap rancangan mahupun tindakan perlu ada tujuan yang jelas. Demikianlah sekiranya anda mahu membuat blog untuk bisnes anda, anda perlu tahu apakah yang hendak anda capai dengan blog tersebut? adakah ia benar-benar memberikan pulangan?

Jangan membuat blog hanya kerana pesaing dan kawan-kawan bisnes anda memiliki blog. Membuat blog sekadar ikut-ikutan anda berkemungkinan terkandas di tengah jalan.

Ini mengingatkan saya akan satu bidalan.

“Bertindak tanpa tujuan ibarat menembak tanpa sasaran!”

Di sini saya ada senaraikan 5 tujuan blog untuk bisnes.

1. Portfolio Diri Atau Syarikat.

Gunakan blog sebagai porfolio kepada bisnes yang kita jalankan.

Isikan blog dengan maklumat diri atau bisnes kita seperti :

  • Sijil pendaftaran perniagaan,
  • Telefon,
  • Alamat dan
  • Waktu beroperasi.

Pastikan maklumat yang di dalam blog sentiasa terkini supaya prospek untuk menghubungi kita. Maklumat yang tepat juga membantu membina kepercayaan prospesk untuk memmbeli produk dan perkhidmatan kita.

2.  Maklumat Produk & Perkhidmatan–

Pamerkan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Pilih gambar yang cantik dan sertakan deskripsi yang menarik.

Apakah yang kita niagakan?

Adakah ianya produk fizikal atau digital?

Warna, berat, bentuk, jenis bahan sama ada dan harga semuanya itu perlu dinyatakan.

Biasanya ini juga memudahkan saya untuk memberi penerangan dengan prospek.

“Boleh saya tahu servis yang tuan tawarkan?”

“Saya tawarkan pakej setup blog dengan 3 pilihan pakej, pakej lite, pakej medium dan pakej advance. boleh rujuk link berikut :

[+] http:// …”

Apatah lagi jika maklumat itu diadun dengan Teknik SEO, produk anda berpeluang untuk muncul di enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo.

3. Kedai Atas Talian

Setelah memuat naik maklumat produk dan perkhidmatan,

boleh la anda sediakan fungsi tambahan untuk menjadikan blog sebagai kedai atas talian.

Paling ringkas sediakan borang untuk pembelian.

Nyatakan kaedah pembayaran dan sediakan borang untuk pembeli menghantar maklumat bukti pembayaran.

Mahu lebih advance?

Gabungkan saja fungsi kedai pada blog anda!

Pembelian boleh diuruskan secara automatik, tanpa anda perlu berurusan terus dengan pelanggan. Tak perlu tertunggu-tunggu reply kita, boleh menempah pada bila-bila masa. 24 jam sehari. Tambahan pula produk dan tempahan direkod dan dipantau dengan sistematik.

Sekiranya menggunakan platform wordpress, ada pelbagai plugin percuma yang boleh kita gunakan. Antara yang popular ialah woocommerce untuk wordpress, Easy Digital Download dan WPCart.

4. Bina Database Pelanggan

Setiap kali pengunjung datang ke blog anda, tangkap mereka. pujuk mereka serahkan maklumat diri. Kumpulkan maklumat dan bina database pelanggan.

Database ini penting untuk anda kenal siapa bakal pelanggan anda.

Tahu apa masalah mereka,Tahu keperluan mereka, Tahu kemahuan mereka,

Mudahlah untuk anda sediakan produk, perkhidmatan dan tawaran meleleh untuk pelanggan!

Antara maklumat yang boleh dikumpul ialah

  • Email
  • No. Telefon
  • Lokasi
  • Jantina
  • Pekerjaan

baca juga : bagaimana mengumpul maklumat pelanggan? (akan datang)

5. Mewujudkan Kesedaran Bakal Pelanggan

Didik prospek anda tentang kepentingan produk/perkhidmatan yang anda niagakan. Lazimnya ini membabitkan perkongsian tips, teknik dan panduan yang berkait secara terus ataupun sebaliknya.

Contohnya, sekiranya anda seorang agen takaful. Anda boleh menulis tajuk seperti berikut :

  • 11 berbezaan takaful vs insuran konvensional yang ramai tak tahu
  • Bagaimana takaful membantu meringankan beban kewangan.
  • tips memilih pelan takaful agar tidak rugi

Secara tidak langsung ini menarik minat prospek kepada produk anda.

6. Ruangan Keahlian

blog sebagai satu ruangan untuk anda berinteraksi dalam ruangan khas kepada prospek dan pelanggan dengan syarat-syarat tertentu.

Lazimnya blog sebegini ialah blog jenis panduan,tutorial dan muat turun. Antara syarat yang boleh dikenakan ialah mesti membeli produk/perkhidmatan terlebih dahulu atau mengenakan yuran pendaftaran atau langanan.

Penutup

Tetapkan sasaran dan matlamat yang hendak dicapai dalam berblog untuk bisnes yang anda usahakan. Jelas sasaran memudahkan anda untuk mendapatkan pulangan.

Shopping Cart