Antara 10 sebab popular untuk menulis blog ini, sebab No 9 mungkin membuatkan anda rasa teruja untuk menulis blog. Demikian juga saya, yang pada awalnya menulis blog hanya untuk suka-suka. Mahu tahu apa yang ada di tempat no. 9? teruskan membaca. 🙂
Menulis Blog dan 10 Sebab Popular Memulakannya
1. Untuk Menyatakan Pemikiran dan pendapat
Bagi yang mempunyai sesuatu untuk dikatakan, blog menyediakan tempat untuk menyatakannya suara anda agar didengar oleh orang ramai. Cuma perlu daftar blogspot/wordpress atau beli hosting dan domain kemudian terbitkan post. Lebih mudah berbanding hantar ke surat khabar, majalah dan sebagainya.
2. Mempromosikan Produk & Perkhidmatan
Blogging adalah cara yang baik untuk memasarkan atau mempromosikan diri. Ruang ini boleh digunakan untuk memperkenalkan bisnes, produk atau perkhidmatan anda kepada pelanggan dengan berkesan. Dengan ini pemasaran akan lebih menarik, apatah lagi jika ruang blogging untuk bisnes serupa bisnes anda masih belum diteroka secara meluas. Pasti berlipat kali ganda hasilnya.
3. Membantu orang lain
Dengan berkongsikan cerita tentang sesuatu pengalaman yang telah lalui, seseorang itu boleh membantu orang lain yang bakal atau sedang melalui situasi yang sama. Tidak hairan la hari ini banyak blog yang berkaitan keibu-bapaan, kesihatan, kesihatan dan rujukan umum mendapat sambutan.
4. Membuktikkan Kepakaran
Blog adalah alat yang hebat untuk membantu blogger menonjolkan diri mereka sebagai pakar dalam bidang atau topik. Sebagai contoh, jika seseorang cuba untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang tertentu atau berharap untuk menerbitkan sebuah buku tentang tajuk tertentu, blog boleh membantu membuktikkan kepakaran mereka dan mewar-warkan kewujudan mereka dalam bidang tersebut.
5. Berhubung dengan Orang yang berfikiran sama.
Blogging membawa orang-orang yang berfikiran sama untuk lebih dekat bagi berkongsikan fikiran dan bterukar-tukar idea dalam kalangan mereka.
6. Membawa Perubahan
Ada blog yang menyediakan sesuatu maklumat untuk mempengaruhi pemikiran rakyat ke arah tertentu. Selalunya blog begini ialah blog berunsur politik dan isu-isu sosial yang ditulis oleh penulis-penulis blog bagi membuat perubahan mengikut cara mereka sendiri. Hari ni ramai ahli politik mula mengaplikasikannya.
7. Agar Kekal Aktif dalam Suatu Bidang
Blog yang berjaya sebahagiannya bergantung kepada kekerapan kemaskini, maklumat yang segar. Jadi, ini adalah cara yang terbaik untuk membantu blogger yang mengikut perkembangan peristiwa dalam sesuatu bidang atau topik. Menulis blog akan mendorong blogger untuk terus update dengan perkembangan terbaru berkaitan bidang mereka.
8. Berhubung dengan rakan dan keluarga
Sejak capaian Internet menjadi lebih mudah jarak bukan lagi suatu masalah. Blog merupakan salah satu cara yang mudah untuk keluarga dan rakan-rakan terus berhubung. Walaupun berada jauh di ceruk rantau berlainan, blog membolehkan mereka berkongsi cerita, gambar, video dan banyak lagi.
9. Buat Duit Dengan Blog
Tidak sedikit blogger yang membuat duit dari blog. Dengan kerja keras dan komitmen yang tinggi, blog berpotensi untuk menjana pendapatan. Hari ini suda banyak blogger (terutama otai-otai) yang menghasilkan pendapatan dari blog mereka. Kuncinya ialah dengan kesabaran dan tindakan. Ada yang membuat duit melalui pengiklanan,aktiviti affiliates dan review produk di blog mereka.
10. Suka-suka
Ramai orang memulakan blog hanya sekadar suka-suka. Mungkin sebab meminati pelakon tertentu atau drama, maka mereka berkongsi minat tersebut melalui blog. Salah satu kunci yang paling penting untuk blog yang berjaya adalah yang mempunyai minat mendalam tentang topik blog masing-masing, agar penulis boleh menulis secara mendalam mengenainya. Bahkan sesetngah blog yang terbaik dan paling menarik bermula sebagai blog yang ditulis hanya untuk bersuka-suka dan untuk memberikan blogger saluran yang kreatif.
Jadi, manakah alasan Menulis Blog yang munasabah bagi korang? Tak ada??
Kalau sebab korang nak menulis blog tak ada dalam senarai di atas, jangan susah. Ruangan komen sentiasa terbuka. Sila komen sampai lebam, jangan copy & paste artikel ni sudah. Penat aku terjemah dari english. (ketawa)
tu la.
kena serius kalau nak hasilnya serius.
hoho.
ini semua pengaruh en.Titan, 🙂
tulis blog kerana hobi menulis dan nak jadikan kerjaya
Semoga Berjaya Hero Borneo! aku ni baru saja mula. 🙂
yup.. jika penulisan kita di blog boleh ditukarkan menjadi duit, itu memang best!!!
betul2, alang-alang blogging biar sampai dapat duit. 😀
yg no 9 tu semua org nak.. tp tak ramai yang sanggup luangkan masa dan wang ringgit utk belajar ilmunya…
sbb org selalu lihat kejayaan dan lupakan pengorbanan.
Kawe start dengan tujuan utk promosikan produk MLM. Lepas tu syok lak menulis dan jadi ketagih lak 😀 Hari-hari rasa gatal nak menulis aje..
mesti lah, lagi-lagi kalau menulis dengan betul dan dapat sambutan. sekarang aku tgh study sikit pasal SEO. nak bagi up lagi mutu penulisan. 🙂
saya mula serius dalam blogging tahun lepas, paling ramai dapat pengunjung 15,000 orang untuk satu niche.
Pergh, banyak tu bro. Share la Tips dlm blog … 😀
Saya menulis di blog sebagai suka-suka sebagai hobi dan untuk menyatakan pendapat dan pemikiran saja dan sekarang pun masih suka-suka, tak terfikir lagi untuk ke arah yang no 9.
Tak pa, yg penting bermanfaat. 🙂
hebatnya sampai 9 blog, MJ yang satu je blog ni rasa tak menang tangan dah.. apa pun tahniah kerana berusaha..
Ops, mak jemah tak baca penuh ni. (sambil lap peluh di dahi)..
Happy Blogwalking. Hope can visit mine and followback 🙂
http://www.rassain.blogspot.com
Ok, thanks for coming here. 🙂
emm, no 9 tu yg ku cari…
Samalah kita!
Sebab dah ketagih menulis, kalau tak menulis tak tenteram jadinya…!
Nampaknya ini sebab Menulis Blog yg ke-11? hehe
Saya ni baru sahaja nak bermula. Kata orang kalau kita suka dengan apa yang kita buat, Insyaallah kita akan dapat hasilnya
Semoga Berjaya! 🙂
saya yang 2,3,4 dan 9. banyakkan manfaat berblog ni. 4 in 1. untung dan manfaat yang banyak bagi mereka memilih blog sebagai platform untuk online.
banyaknya, hehe… apapun yg penting gembira. 🙂
Saya nye yang no.2.
Medium untuk promosi produk dan services.
Tapi boleh sharing pendapat kita.
Yang pasti setiap hari mesti dapat kawan baru.
setiap hari ada kawan baru? macam mana tu? hehe… blogwalking ka?
Memang menarik kalau kita dah mula berblog nih… tetambah dapat plak tengok & belajar dari otai2 yang hebat2…
http://supernifzvitamin.com/sumber-kalsium-dari-shaklee-ostematrix/
kadang-kadang baca blog otai-otai blogger ni la yg pengaruhi kita untuk menulis blog blog. memang tak bleh nafi la. 🙂
Hola..saya Wak blog dulu pun sekadar suka2..tapi tak sangka boleh terjebak kat point no 9 tu…haha
sama la, sebab kalau blogging saja rasa tak best pula. kalau ada pulangan sikit pun dah Alhamdulillah. 🙂
pada mula minat dan kedua suka..
bila ada begitu timbul cari wang dari sumber tersebut alhamdulillah rezeki Allah memnag sungguh luas.
rezeki tak disangka-sangka. 🙂
saya dari nom 10 tu, suka-suka
dan hasilnya 1 hingga 9
Patut la, tak hairan la tok Puteh bleh wujudkan blog jenis Portal. Semoga berjaya! 🙂
Saya starting pun dari numb 10.. lepas tu campur aduk 1-9.. hehe
semoga berjaya bro. 🙂
Siapa sangka dari menulis suka-suka sudah meraih pendapatan sampingan walaupun tidak banyak seperti mereka yang menulis blog dengan menganggapkan ia adalah satu perniagaan.
macam kata-kata Bro. Zeo – kalau sekadar berblog itu “BIASA”. jadi nak jadi “LUAR BIASA” kenalah inten lebih dalam dunia blogging ni. hehe
Ambe tulis blog sebab ambe memang minat menulis. Niat nak cari duit tu ada la jugak sikit-sikit. Sebab paham bahawa kalau serius nak cari income kerja kena lebih kuat.
Ambe tak ada masa untuk itu. Boleh setakat update entry sekali-sekala ja.
Ada mood bagus, update hari-hari…hehehe..
saya menulis blog nak berbagi saja dulu sempat juga jana duit dari blog tapi dah berhenti akun innitiy, adsense semua dah stop
Thanx atas perkongsian..saya blogger yang sangat baru..
hahaha… lawak la yg bawah sekali tu. penat translate dari artikel english. ok la tu.. berusaha utk bantu orang dgn bagi info kan.
sy berblog sebab semua point di atas. sekian. hehe
aya sendiri belajar menulis blog puncanya adalah sebab nombor dua. Jika tidak, mungkin hanya tahu baca blog orang lain sahaja 🙂
Rasanya, kesemuanya adalah sebab kenapa saya menulis dulu.
Tapi no 9 tu dah boleh agak. 😉
Memang semuanya yang di atas tu tujuan saya berblog..selamat berkenalan 🙂
niat nak kongsikan pengalaman dan info sedikit untuk membantu smua blogger.. hehe t
Pingback: 10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula - SuhimiNain.Com
Pingback: 3 Sebab Saya Menulis Blog - Blog Sendiri