5 Langkah Ringkas Membuat Blog Dengan Mudah

Setelah menetapkan tujuan anda membangunkan blog untuk bisnes anda, barulah langkah membuat blog anda dengan mudah. Secara asasnya, ada 5 langkah kesemuanya.

Langkah 1: Pemilihan Platform

Di luar sana ada banyak platform blog untuk anda pilih, sama ada platform percuma mahupun berbayar. Tetapkan platform yang anda hendak gunakan, kenal pasti kelebihan dan kekurangan platform tersebut. Pilih platform yang memenuhi keperluan anda.

Langkah 2. Dapatkan Hosting& Domain

Sekiranya anda menggunakan platform berbayar, boleh dapatkan hosting dan domain. sebaiknya beli sahaja dari penyedia di dalam negara. Ini untuk platform wordpress self-hosted sahaja. Saya cadangkan gunakan perkhidmatan dari –>  myDuniaHosting.

Jika tidak daftar saja akaun percuma untuk platform blogspot atau wordpress.com. bila sudah sedia, baru berpindah kepada platform berbayar.

Langkah 3: Bangunkan Platform Anda!

Persiapkan platform anda dengan plugin atau widget yang diperlukan. Senaraikan plugin atau widget wajib dan sampingan dan mulakan pemasangan. Pilih Themes yang sesuai dengan tema perniagaan anda agar lebih menyerlah!

Langkah 4. Muatnaik Content

Content yang boleh dimuat naik ialah artikel, video, sound dan juga images. Walau bagaimanapun di sini kita akan fokus kepada content berbentuk artikel antara preview, review, case study/report dan juga tips & consultancy. Biasanya permintaan kepada content sebegini adalah lebih tinggi.

Langkah 5. Promosikan.

Setelah memuat naik kandungan ke dalam blog, iklankan blog anda secara online dan offline. Beritahu keluarga dan rakan-rakan. Letakan di dalam media cetak dan media atas talian seperti Mudah.My, tshirt, banner, kad perniagaan dan banyak lagi yang boleh anda gunakan.

Percuma atau berbayar?

Anda tentukan! 🙂

Shopping Cart