Jenis-jenis Hosting

Secara asasnya hosting terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu :

  • shared hosting
  • vps hosting
  • dedicated hosting.

Mudahnya saya umpamakan hosting ini sebagai ‘rumah’.

shared hosting – diumpama sebuah rumah apartment, anda memiliki banyak kemudahan namun anda berkongsi kemudahan itu dengan pemilik yang lain. harganya jual beli dan sewa juga lebih murah. penggunaan anda dan orang lain berkait antara satu sama lain dan terhad.

Ini ialah hosting yang popular dan mudah untuk digunakan. Sesuai untuk aktiviti pembangunan web berkapasiti rendah.

vps hosting diumpamakan seperti kondo, anda ada petak parking sendiri, akses kad sendiri dan kemudahan keselamatan yang lebih baik. anda ada kelebihan untuk berkongsi kemudahan-kemudahan ini dengan beberapa orang yang anda mahu. kosnya lebih mahal namun berbaloi bagi blog atau web yang berkapasiti tinggi.

Hosting jenis ini memerlukan  anda mahir dalam bab teknikal berkaitan server untuk mengendalikannya. Contoh penyedia VPS hosting yang terkenal ialah Digital Ocean.

dedicated hosting – diumpamakan sebagai banglo. Ianya dikhaskan untuk anda dan sahaja. Ada halaman rumah dan parking yang luas semuanya untuk anda. Anda menyewa keseluruhan server tanpa dikongsi dengan sesiapa. Hosting jenis ini sesuai untuk organisasi besar, supaya mereka boleh mengurus mengikut keperluan mereka sendiri.

Shopping Cart