tips dan cara menulis artikel seo

4 Langkah Hasilkan Kandungan Blog Mesra SEO

1. Ketahui kata kunci anda.

Pelanggan tidak tahu dan kesah tentang nama bisnes anda, apakah anda logo anda dan nama perniagaan anda. Mereka tak kenal pun dengan anda ketika mencari di enjin carian. Apa yang mereka isi di dalam kotak carian ialah ialah “kata kunci”.

Contohnya

  • Servis buat blog murah
  • Pakej percutian ke langkawi
  • Signboard Murah Kajang dan sebagainya..

Oleh itu, langkah pertama untuk menghasilkan blog mesra SEO ialah ketahui apakah kata kunci yang pelanggan anda gunakan di enjin carian. Inilah yang menjadi titik penghubung antara anda dan mereka.

Senaraikan kata kunci yang mungkin digunakan oleh bakal pelanggan anda dan pastikan ia berkaitan dengan bisnes dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

2. Semak Permintaan Keyword

Antara keyword yang anda senaraikan, pilih keyword yang memiliki permintaan. Pendek kata kerap digunakan oleh prospek yang menjadi sasaran anda. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi nilai keyword tersebut.

Ada pelbagai tools di luar sana, ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.

saya cadangkan anda gunakan yang percuma sahaja, Google Trend dan Ubersuggest (gambar di bawah).

rahsia blog mesra seo

Dalam gambar di atas, volume menunjukan jumlah carian yang dibuat menggunakan keyword dalam sebulan. Fokus kepada keyword yang mendapat carian paling tinggi, spesifik dan menjurus kepada pembeli. Abaikan keyword yang mempunyai volume carian yang rendah.

Menariknya, ubersuggest juga memaparkan tahap persaingan dan kesukaran untuk menawan keyword tersebut di enjin carian. Jadi, mudahlah untuk anda membuat keputusan.

blog mesra seo serp

Bahkan terdapat juga ruangan SERP analysis. Iaitu senarai laman web / blog yang mendominasi keyword yang anda masukkan. Pendek kata senarai pesaing anda.

3. Mula hasilkan kandungan.

Hasilkan kandungan yang menjawap kepada keyword tersebut. Sekiranya anda tiada idea, anda boleh mula dengan mengkaji apa yang dikongsikan oleh pesaing anda. Tiru cara mereka dan lakukan penambah baikan.

Bukan copy & paste article mereka ya.

Gunakan teknik SEO on pages bagi memastikan robot enjin carian yang memahami kandungan anda indexing.

Terbitkan kandungan secara berkala dan kaya dengan informasi berkaitan keyword yang anda sasarkan.

4. Pantau Prestasi Blog Anda

Selepas menerbitkan catatan, jangan hanya tinggal begitu saja. Pantau prestasi blog anda, sama ada kandungan yang kaya dengan keyword tersebut berjaya membawa pelanggan untuk singgah ke blog / laman web anda atau tidak.

Anda boleh gunakan Google Analytic dan juga Google Search Console untuk memantau prestasi blog anda.

blog mesra seo google search console

Pemantauan perlu dibuat bagi mengukur keberkesanan dan juga impak kandungan blog yang anda hasilkan.

Adakah ia berjaya membawa masuk prospek di laman anda?

5. Ulang langkah 3 – 4

Mahu berjaya dalam pemasaran SEO, bukanlah satu langkah mudah. Tidak cukup dengan themes yang cantik, blog yang ringan dan pantas dan kandungan yang berkualiti. Tapi ianya memerlukan usaha yang berterusan.

Banyakkan bersabar dan ulang proses 1 – 4.

SEO bukanlah jalan pintas untuk menaikkan bisnes anda di enjin carian, adakalanya ia memakan masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan lamanya.

Teruskan belajar terutama berkaitan SEO on pages dan tingkatkan pengetahuan anda dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti. Jangan mudah putus asa dan jangan pernah menyerah.

Gagal? Itu perkara biasa. Belajar.

Tiada siapa yang terus lahir saja terus jadi pakar.

Semoga berjaya!

3 thoughts on “4 Langkah Hasilkan Kandungan Blog Mesra SEO”

Leave a Comment

Shopping Cart