Apa Itu Niche Blog Dan Kepentingannya

Adakah anda serius dalam menulis blog? Kalau anda betul-betul nak berjaya dalam menulis blog, anda kena tahu dulu apa itu niche blog dan cara memilih niche blog yang betul. Inilah antara salah satu ciri rahsia blog yang berjaya.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam blogging, apa yang saya tahu itulah yang saya kongsikan. Waktu saya mula menulis blog dulu pun, apa itu niche pun saya tak tahu. Sampai kandungan blog pun huru-hara. Tiada identitiy.

memanglah orang cakap kita bebas nak tulis apa sahaja, tapi kalau anda benar mahu blog anda berjaya. anda perlu fikirkan apakah niche anda.

Apa itu Niche Blog?

apa itu niche blog
sumber : photodune.net

Mudahnya Niche bermaksud tema. Jadi Niche Blog bermaksud menulis blog yang fokus tentang sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, semua kandungan yang disiarkan pada niche blog adalah secara langsung tertumpu terhadap sesuatu topik sahaja. (limited edition!)

Kenapa mesti ada niche blog?

Niche Blog amat penting bagi membantu blogger untuk membina jenama blog masing-masing, blog yang ada niche akan lebih terarah. Niche Blog lebih bertahan lama kerana mencungkil idea untuk menulis blog akan lebih fokus dan menjadi lebih mudah.

Bilakah Niche Blog akan berguna?

Sewaktu andamembina pembaca setia dan buat duit dengan blog. Pembaca lebih selesa dan berpotensi besar untuk lagi dengan niche blog yang berkaitan dengan diri mereka. 

Kemudian niche juga antara maklumat yang diminta apabila korang nak sertai program pengiklanan (seperti googleads, nuffnang, komli dll), pengurus iklan akan minta jenis kandungan blog yang korang daftarkan bagi membantu mereka letak iklan yang berkaitan.

Tak hairan la antara tips affiliates yang berjaya, ialah 1 niche, 1 blog! (dan 1 Malaysia! ops… haha,,)

Bagaimana Cara Memilih Niche Blog Yang Betul?

a. Pilih topik yang diminati.

Korang perlu mempunyai idea yang kukuh, perasaan, dan pemikiran mengenai topik tersebut. pendek kata kena ada “sayang”.

b. Pilih topik niche yang korang tahu dan seronok  kaji.

Para penulis niche blog mungkin menjadi pakar dalam hal perkara yang berkaitan dengan niche blog mereka, atau mereka seronok membaca berkaitan topik tersebut dan belajar tentang topik blog mereka. Kemudian membincangkan pembelajaran mereka dengan suara yang unik mereka sendiri.anda pun boleh buat. Kuncinya ialah menulis dengan kecerdasan, tumpuan dan semangat.

c. Pilih topik yang kecil dan kekal fokus.

Pilih topik yang sangat kecil dan ikutinya, jadi anda boleh meletakkan blog anda dalam jenama tersebut. Sebagai contoh, daripada blog mengenai niche percutian, boleh la fokuskan kepada percutian ke pulau-pulau.

d. Berhati-hati dengan trend niche.

Jangan pilih satu topik niche yang sedang hot hari ini tetapi boleh hilang pada masa mendatang. Sebagai contoh, memilih untuk menulis blog niche tentang rancangan tv tertentu yang anda suka mungkin sangat keseronokan, tetapi jika persembahannya dihentikan atau tamat, maka apa yang berlaku kepada blog anda ? anda sendiri ada jawapan. 

e. Buat kajian keywords dan fokus long-tail keywords.

Optimumkan penggunaan long-tail keyword dengan menggunakan keyword yang khusus, ini berpotensi untuk menarik aliran trafik berkualiti. Serius, sukar untuk bersaing dengan blog-blog besar jika anda nak bersaing dengan keyword umum. Jadi pilih yang hampir-hampir dengan keyword tersebut.

Siapakah yang perlukan niche?

Semestinya blogger yang serius untuk menulis blog dan kekal lama! 🙂

27 thoughts on “Apa Itu Niche Blog Dan Kepentingannya”

  1. Bila buka blog 5 tahun dahulu tidak terlalu memikirkan sangat niche kerana menulis blog adalah untuk tujuan bersantai dan satu kelegaan emosi. Alhamdulillah didalam menulis caca-merba mendapat peluang dan rezeki untuk meraih pendapatan sampingan.

    1. Alhamdulillah, lama tu 5 tahun. aku pula walau dah 5 tahun, masih lagi tahap pemula. apa pun xda, huru hara. 2015 ni barul-betul nampak potensi blogging. hehe.. 🙂

  2. Blog yang mempunyai Niche memang bagus untuk long term.. Saya ada beberapa blog dalam niche area tertentu.. Tapi disebabkan tak ada masa, blog-blog tu terpaksa saya biarkan terbengkalai begitu sahaja.. huhuhu

  3. selamat malam mbak bro, terima kasih banyak informasinya aku jadi banyak wawasan setelah mbaca baca tulisan sampean yang di tulis di halaman situs ini. salam kenal dari sutopo

  4. Kebanyakkan top blogger dulu pun tiada niche blog. Domain name blog mereka pun tiada kena mengena dengan niche blog mereka, cuma mereka ada kemahiran atau kelebihan tertentu.

    Contohnya amanz.my, beautifulnara.com, paultan.org blog mereka yang awal tidak seperti sekarang, tetapi mereka ada kemahiran dan minat masing-masing. Maka mereka terus fokus dengan kelebihan dan minat pembaca blog mereka. 🙂

    1. Saya ada dua niche blog. tetapi hanya mampu maintain menulis untuk satu blog sahaja manakala satu blog lagi tak terupdate sebab selalu update blog personal.

  5. Sambil-sambil blog dijadikan tempat berkongsi cerita harian, ia juga tempat untuk kita berkongsi ilmu yang ada selama ini dengan pembaca.

  6. Pingback: 7 Cara Mengatasi Masalah Kekeringan Idea Menulis - SuhimiNain.Com

  7. Saya pun masih baru berblogging..masih tercari-cari apa passion saya. Setakat ni yang saya nampak saya suka share pasal produk yang betul-betul memberi kesan positif kepada kesihatan orang ramai.

  8. Pingback: Teknik Kurangkan Bounce Rate Mencecah 0.00% - Suhimi Nain

Comments are closed.

Shopping Cart